PERPADUAN DALAM KURIKULUM CIVIC DAN KEWARGANEGARAAN

PERPADUAN DALAM KURIKULUM CIVIC DAN KEWARGANEGARAAN

 

©      Perpaduan dalam Dasar Pendidikan Merdeka

Pembetukan dasar pelajaran kebangsaan menekankan pada pendidikan sebagai instrumen untuk mencapai perpaduan politik, pembangunan ekonomi, dan integrasi sosial yang menjadi wadah negara sejak awal kemerdekaan tahun 1957. Rujukan asas kepada dasar perpaduan melalui pendidikan selepas merdeka adalah Penyata Razak 1956. Penyata Razak lebih menekankan kepada polisi pendidikan dalam memuaskan aspirasi setiap kumpulan utama budaya. Semenjak laporan Razak, penyata-penyata pendidikan senantiasa mengambil perhatian kepada langkah memupuk perpaduan rakyat.

 

©      Kemunculan Pendidikan Civic

Masyarakat Malaysia pada awal kemerdekaan boleh dianggap belum mempunyai kekuatan untuk menjamin perpaduan antar-etnik dan ketika itu mayoritas rakyat kurang menerima pendidikan formal. Dari segi ekonomi, sosial dan budaya antar-etnik mudah dimanipulasi. Pengalaman Malaysia dalam mengendalikan hubungan etnik bukan sesuatu yang mudah, ciri keberbagaian etnik pernah menimbulkan pertikaian antar-etnik. Yang paling berkesan adalah pertikaian terbuka antara etnik pada 13 Mei 1969 yang dianggap sebagai pembuka minda kepada bentuk falsafah negara dalam mencapai kesatuan.

Jurang ekonomi dan sosial merupakan faktor utama tercetusnya konflik terbuka antar-etnik. Untuk mengatasi jurang-jurang ekonomi dan sosial berlaku penggubalan polisi yang dikenal sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB berfungsi untuk mencapai perpaduan melalui strategi penyusunan masyarakat  dan pemberantasan kemiskinan tanpa mengira etnik dalam kalangan semua rakyat. Peristiwa 13 Mei 1969 membawa kemunculan Ideologi Rukun Negara tahun 1970. Ideologi ini membawa dampak besar terhadap proses indoktrinasi kenegaraan terutama di sekolah-sekolah. Sebenarnya, pengenalan pendidikan civic dan kewarganegaraan di sekolah-sekolah Malaysia pada tahun 1972 merupakan lanjutan daripada Ideologi Rukun Negara tersebut.

 

©      Perlunya Pendidikan Civic dan Kewarganegaraan

Pendidikan civic sebagai suatu mata pelajaran di sekolah-sekolah Malaysia sebenarnya telah dilupakan lebih dari 20 tahun sejak 1982. Dalam jangka waktu itu, banyak terjadi peristiwa-peristiwa yang merusak kerukunan sebuah bangsa atau bangsa. Persoalan antar-etnik sering menjadi pembicaraan akhir-akhir ini, khususnya golongan muda tidak begitu akrab berinteraksi dengan etnik yang berbeda. Segelintir warga telah didakwa melecehkan lambang-lambang negara, seperti membakar bendera negara, menjadikan bendera jalur gemilang sebagai penutup aurat, mempermainkan institusi raja, mempersoalkan kedudukan agama resmi, mengagungkan perjuangan komunisme, dan sebagainya.

Semangat kenegaraan dalam kalangan warga negara bukan sesuatu yang sembarangan untuk dilabel. Maksudnya, mungkin ada yang mengatakan perlakuan seperti menukar retak dan seni lagu kebangsaan bukan berarti tidak cinta negara, malahan ia dianggap sesuatu yang imajinatif dan kreatif. Namun, pikiran-pikiran atau perbuatan-perbuatan seperti itu di luar norma masyarakat Malaysia. Untuk menjawab persoalan ini, sekurang-kurangnya kita tidak boleh lari daripada mengaitkannya pada unsur globalisasi dari sistem pendidikan itu sendiri. Tetapi pengaruh globalisasi secara positif mempunyai kebaikan tersendiri. Globalisasi telah membuka ruang untuk perubahan bagi penyelesaian masalah-masalah baru.

Dasar-dasar pemerintahan di Malaysia sedikit banyak telah mengalami liberalisme dalam menerima pengaruh global. Dasar pemerintahan yang menggalangkan perkembangan teknologi telah menyebabkan masalah baru yang dapat dipelajari dan dapat mempengaruhi generasi muda. Liberalisme juga terjadi di dalam sistem pendidikan di Malaysia yang merupakan suatu penyebab dari wujud ketidaktentuan dari isu bangsa dan negara. Dalam situasi liberalisme pendidikan sekarang adalah tidak mungkin bagi Malaysia untuk mewujudkan satu sistem persekolahan bangsa yang tunggal. Disamping keperluan untuk pengekalan identitas setiap etnik, kewujudan berbagai jenis sekolah juga bersesuaian dengan perkembangan kapitalisme.

Jadi, dapat disimpulkan bahwa sistem persekolahan di Malaysia telah mempunyai keberbagaian sebagaimana wujud keberbagaian dalam masyarakat. Dari satu segi, situasi keberbagaian adalah memenuhi tuntutan kumpulan-kumpulan etnik yang berkepentingan. Dari segi lain pula, keberbagaian menimbulkan persoalan untuk mencari penyatuan. Permasalahan utamanya ialah mengenai penyatuan berbagai etnik untuk memenuhi agenda perpanuan nasional.

 

©      Unsur Perpaduan dalam Kurikulum Pendidikan Civic dan Kewarganegaraan

Pendidikan civic dan kewarganegaraan telah diperkenalkan sebagai suatu mata pelajaran pada tahun 2005. Secara nyata ia memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme, dan pemahaman keberbagaian budaya masyarakat Malaysia. Cara mewujudkan perpaduan adalah antara objektif-objektif utama yang ditekankan. Objektif-objektif itu adalah pemahaman berbagai agama, tradisi, dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.

Pada setiap tingkat, kurikulum dibagi dalam bertema. Di tingkat sekolah rendah, tema-tema yang dipakai adalah:

1.      Sayangi Diri.

2.      Sayangi Keluarga.

3.      Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat.

4.      Kenali Budaya Malaysia.

5.      Malaysiaku Negaraku.

6.      Sedia Hadapi Cabaran.

Secara menyeluruh setiap tema memang mempunyai kaitan dengan yang lain. Namun begitu, tema berkaitan hubungan etnik yang paling nyata ialah Kenali Budaya Malaysia dan Malaysiaku Negaraku. Dalam tema “Kenali Budaya Malaysia”, penekanannya adalah kepada mengenali dan mengapresiasi kekayaan budaya Malaysia dan tanggung jawab mengekalkan keberbagaian kebudayaan warisan budaya itu. Sedangkan dalam tema “Malaysiaku Negaraku”, aspek-aspek yang diketengahkan berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dan tanggung jawab mengekalkan kemerdekaan.

Berbeda dengan sekolah menengah, tema yang dipakai adalah:

1.      Pencapaian Kendiri.

2.      Hubungan Kekeluargaan.

3.      Hidup Bermasyarakat.

4.      Warisan Keberbagaian Budaya Malaysia.

5.      Malaysia Negara Berdaulat.

6.      Cabaran Masa Depan.

Dari keseluruhannya, analisis terhadap kandungan kurikulum setiap peringkat menyimpulkan bahwa setiap aspek perpaduan sangat di utamakan. Kurikulum juga tidak menunjukkan unsur bias atau memihak kepada setiap etnik. Budaya setiap etnik perlu diterima sebagai budaya Malaysia. Oleh karena itu, dirumuskan bahwa kurikulum pendidikan civic dan kewarganegaraan membayangkan konsep bangsa Malaysia yang diharapkan wujud pada masa depan yang akan datang. Dalam konsep ini tidak ada budaya etnik yang akan dipinggirkan malahan semuanya perlu ditonjolkan. Melalui pendidikan civic dan kewarganegaraan kemungkinan suatu hari nanti rakyat Malaysia akan lebih liberal atau bersifat terbuka, termasuk dalam hal-hal berkaitan dengan agama.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s